Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
7 Cara Mudah Yang Dijamin Berkesan Untuk Lancarkan Haid Setiap Bulan
Facebook
Twitter
WhatsApp

Masalah paling besar yang dialami oleh hampir 88% wanita seluruh dunia ialah masalah haid yang tidak teratur. Masalah ini tidak boleh dipandang ringan oleh wanita kerana ianya akan mendatangkan masalah yang lebih besar jika tidak dirawat dengan segera.

Proses memulihkan masalah haid tidak teratur ini boleh dilakukan sendiri tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan. Namun ianya memerlukan konsistensi yang tinggi dari anda.

 

Berikut ialah 7 Cara Mudah Yang Dijamin Berkesan Untuk Lancarkan Haid Setiap Bulan

 

Cara Lancarkan Haid #1 : Menjaga Berat Badan

Anda mungkin selalu mendengar tips ini dari pelbagai sumber dan memandang ringan mengenai cara ini. Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan proses penghasilan hormon & insulin akan terganggu lantas mengakibatkan masalah haid yang tidak teratur.

Proses untuk menjaga berat badan akan melibatkan pelbagai cara lain yang turut membantu melancarkan haid anda iaitu menjaga pemakanan.

 

Cara Lancarkan Haid #2 : Menjaga Pemakanan

Mengawal pemakanan akan menjadikan berat badan anda lebih bagus lantas menjadikan kitaran haid lebih teratur. Mengawal pemakanan bukan sahaja bermaksud anda perlu mengawal jumlah makanan yang dimakan, tetapi memilih makanan yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Anda perlu ambil makanan yang mengandungi zat besi, vitamin & lemak tidak tepu.

 

Cara Lancarkan Haid #3 : Kerap Bersenam

Tak ramai wanita yang rajin bersenam. Jika anda lihat wanita yang selalu bersenam dan mempunyai ketahanan senaman yang tinggi, mereka kurang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Senaman akan membuatkan pengeluaran hormon lebih lancar.

Anda tidak perlu buat senaman yang berat, cukup sekadar melakukan senaman aerobik selama 20 minit sehari. Mulakan dengan senamrobik yang mudah sahaja dan kekalkan senaman tersebut. Anda akan dapat lihat kesannya dalam masa yang pantas.

 

Cara Lancarkan Haid #4 : Berkawan Dengan Halia

Bila dengar perkataan halia, tak semua orang akan sukakannya. Siapa yang sukakan halia? Tak ramai yang suka. Namun penggunaan halia dengan kadar yang mencukupi dapat membantu anda melancarkan kitaran haid.

Dalam kajian yang dilakukan kepada 100 orang wanita, pengambilan halia dapat membantu menambah darah semasa proses haid. Ia juga dapat membantu memperbaiki kitaran haid dengan lancar jika diambil secara konsisten.

Anda boleh minum air halia atau dapatkan produk yang diperbuat daripada pati halia untuk memastikan anda mendapat jumlah halia yang mencukupi setiap hari.

 

Cara Lancarkan Haid #5 : Mula Makan Nanas

Wanita sangat takut dengan buah nanas kerana dikatakan bersifat tajam dan boleh mengakibatkan keguguran. Ya, ianya benar tetapi itu hanya berlaku jika anda mengambil nanas dalam kuantiti yang berlebihan.

Nanas mempunyai khasiat yang bagus untuk kitaran haid wanita. Nanas mempunyai enzim bromelain yang berfungsi untuk melembutkan lapisan endometrium dalam rahim. Bromelain ialah enzim anti radang yang boleh mengurangkan kesakitan semasa haid berlaku.

 

Cara Lancarkan Haid #6 :  Minum Air Mencukupi

Ini ialah perkara paling mudah untuk dilakukan tetapi tak ramai wanita boleh lakukannya secara konsisten. Air merupakan elemen penting untuk tubuh badan. Air membantu tubuh badan menjalani proses hidrasi sepanjang hari.

Air yang mencukupi dalam tubuh badan akan membantu otot dan organ dalaman menjalankan fungsi dengan lebih lancar lantas menjadikan haid lebih teratur.

 

Cara Lancarkan Haid #7 : Vitamin Yang Betul

Wanita juga memerlukan vitamin yang mencukupi untuk memastikan kitaran haid lebih lancar. Namun tidak boleh ambil sembarangan vitamin. Anda perlu ambil vitamin C & Vitamin D yang mencukupi.

Kedua-dua vitamin ini boleh diperolehi dalam makanan seperti buah lemon, limau, sayuran dan sebagainya. Anda boleh mula amalkan pemakanan seimbang dengan sumber vitamin yang disenaraikan.

 

Kesimpulan

Wanita perlu menjaga tubuh badan dengan lebih baik. Penjagaan secara menyeluruh dapat membantu anda mempunyai kitaran haid yang lebih teratur.

Jika anda perlukan produk yang mempunyai bahan-bahan baik untuk kitaran haid, anda boleh dapatkannya di sini (https://skqueen.com/haid)

 

Facebook
Twitter
WhatsApp

IKLAN

Nak tahu makanan tambahan yang baik untuk badan wanita?

Sila isi Maklumat di bawah. Anda akan terus dapat akses untuk tips ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *