Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
7 Tips Kuruskan Badan Yang Mudah & Boleh Dilakukan Di Rumah
Facebook
Twitter
WhatsApp

Semua orang nak miliki badan yang ramping dan cantik. Tak ada orang yang nak badan gempal berlemak. Bukan sahaja tidak kelihatan cantik tetapi turut mengundang bahaya dari segi kesihatan dan risiko penyakit berbahaya.

 

Namun, nak kuruskan badan bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan terutamanya oleh orang yang sudah biasa makan dalam kuantiti yang banyak. Perubahan diet yang mendadak juga tidak bagus untuk kesihatan.

 

Berikut ialah 7 Tips Kuruskan Badan Yang Mudah & Boleh Dilakukan Di Rumah

 

Tips Kuruskan Badan #1 : Belajar Memasak

Jarang orang bagi tips sebegini, tetapi belajar memasak sendiri adalah perkara paling mudah untuk anda belajar tentang kalori dalam makanan. Jika anda lihat resepi yang diberikan di internet atau dalam buku resepi, anda akan dapat lihat  bahan utama yang digunakan dalam masakan seperti gula & garam.

Jika resepi minta masukkan 2 sudu gula, anda boleh lihat sendiri berapa banyak kuantiti yang dimaksudkan dengan 2 sudu gula. Anda pasti terkejut dengan jumlah gula dan garam yang digunakan dalam masakan. Dari situ, anda belajar untuk kawal kalori makanan.

 

Tips Kuruskan Badan #2: Lebihkan Tidur

Ya, 85% orang yang berbadan gempal dan gemuk adalah berpunca daripada tidak cukup tidur. Stress yang dialami kerana tidak cukup tidur menjadikan hormon penting dalam badan tidak aktif dan mengurangkan kadar metabolisma. Metabolisma yang rendah akan menyebabkan lemak tidak dapat dibakar dan kekal di dalam badan.

Cukupkan tidur anda 6-10 jam sehari untuk pastikan metabolisme anda dapat buat kerja membakar lemak dengan lebih efektif.

 

Tips Kuruskan Badan #3: Guna Pinggan Yang Kecil 

Ketika anda makan, kuantiti makanan yang diambil adalah mengikut pinggan yang digunakan. Secara psikologinya, pinggan yang besar akan menjadikan anda mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih banyak.

Manakala jika anda gunakan pinggan yang kecil, secara automatik makanan yang diambil juga akan jadi sedikit berbanding biasa. Cara paling mudah untuk mengawal pengambilan makanan adalah dengan menggunakan pinggan yang kecil.

Anda boleh cuba nanti.

 

Tips Kuruskan Badan #4: Buang Masa Ketika Lapar

Rasa lapar atau ‘food craving’ hanya akan muncul dalam masa 10 minit. Jika anda terus ambil makanan ketika 10 minit food craving ni, anda akan ambil makanan dengan jumlah yang banyak disebabkan anda nak puaskan nafsu lapar anda.

Namun jika anda buang masa dengan lakukan perkara lain dalam masa 10 minit tersebut seperti menonton movie, lakukan kerja, bermain game dan bersenam, food craving akan hilang dengan sendiri.

Selepas food craving hilang, barulah anda boleh mula ambil makanan. Ketika ini, anda akan ambil makanan dalam jumlah yang sedikit kerana tidak lagi berasa lapar.

Sebab itu juga ketika bulan ramadan, anda akan beli banyak makanan di bazaar. Food craving punya effect!

 

Tips Kuruskan Badan #5: Banyakkan makan buah-buahan dan serat

Ini ialah perkara paling penting dan memang disarankan oleh semua doktor dan pakar kesihatan seluruh dunia untuk dapatkan badan yang cantik. Anda perlu lebihkan pengambilan buah-buahan dan serat.

Ya, memang nak makan buah ni susah sebab perlukan banyak kerja. Anda kena kupas kulitnya, kena potong dan baru boleh makan. Namun sepanjang anda rasa lapar (food craving), aktiviti mengupas dan memotong buah inilah yang akan hilangkan rasa food craving tersebut.

Cuba jadikan buah-buahan sebagai makanan pertama ketika rasa lapar, kemudian baru makan nasi seperti biasa. Pastikan anda letak buah di atas meja makan, jangan letak di dalam peti kerana anda tak akan makan buah yang ada di dalam peti.

Jika anda tak ada masa nak makan buah dan sayur, anda boleh minum produk DEINA yang dibuat daripada serat buah-buahan semulajadi. 

 

Tips Kuruskan Badan #6: Kurangkan Order Foodpanda

Di zaman serba canggih ni, makanan boleh dapat dengan mudah di hujung jari. Tak perlu lagi pergi kedai untuk beratur dan parking, tekan di telefon terus dapat makanan di depan rumah. Ini merupakan gaya hidup yang kurang sihat.

Semakin senang anda dapat makanan, semakin susah anda nak kawal pemakanan dan pengambilan kalori. Jadi kurangkan order makanan dari foodpanda dan app seangkatan dengannya kecuali perlu sahaja.

 

Tips Kuruskan Badan #7: Makan Dengan Tangan Kiri

Dalam agama islam, makan menggunakan tangan kiri adalah tidak digalakkan. Namun dalam satu ujian yang dijalankan oleh pakar psikologi, orang yang dominan tangan kanan akan mengambil masa yang lama untuk lakukan aktiviti menggunakan tangan kiri.

Jika anda makan menggunakan tangan kiri, anda akan lebih fokus ketika makan. Suapan juga akan menjadi makin perlahan disebabkan rasa kekok menggunakan tangan kiri. Makan dengan perlahan dan fokus akan menjadikan penghadaman lebih baik dan cepat kenyang.

Boleh cuba jika anda nak lebih yakin dengan tips ni.

 

Kesimpulan

Untuk dapatkan badan yang cantik dan langsing akan mengambil masa yang agak lama. Sebulan dua sahaja tidak akan jadikan anda kurus. 

1 sudu gula memerlukan 7 hari untuk dibersihkan sepenuhnya dari badan. Jika anda sudah makan banyak gula sebelum ini, berapa hari diperlukan untuk anda mula kurus? Memang akan ambil masa yang lama.

Jadi perkara yang penting di sini bukan diet apa yang anda nak guna, tetapi berapa lama anda boleh konsisten untuk jaga pemakanan. Jika anda nak percepatkan proses kuruskan badan, anda boleh gunakan DEINA. Ianya dirumuskan oleh bahan semulajadi untuk menjadikan badan anda ramping dengan pantas.

 

Facebook
Twitter
WhatsApp

IKLAN

Nak tahu makanan tambahan yang baik untuk badan wanita?

Sila isi Maklumat di bawah. Anda akan terus dapat akses untuk tips ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *