Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Makanan Tambahan Untuk Wanita

Hai, terima kasih kerana berminat nak tahu lebih lanjut tentang Makanan Tambahan yang baik untuk badan wanita

Makanan Tambahan yang akan diterangkan oleh Bonda ini adalah buah, tumbuhan atau herba yang berkhasiat yang anda boleh amalkan.

Bonda telah susun maklumat ini khas untuk kebaikan bagi tubuh badan wanita sahaja supaya mudah lagi untuk anda fahami.

Terdapat 6 makanan yang baik untuk diamalkan iaitu

  1. Kurma timur tengah arab
  2. Pueraria Mirifica / Lobata
  3. Kacip Fatimah
  4. Kayu Manis
  5. Kunyit
  6. Manjakani

Jom baca penjelasan kebaikan dan kelebihan setiap tumbuhan ini untuk tubuh badan wanita…

Kurma Timur Tengah Arab

Bila tiba bulan Ramadhan, kurma merupakan makanan utama yang akan diambil oleh setiap orang Islam.

Anda digalakkan amalkan kurma bukan pada bulan Ramadhan sahaja kerana khasiat kurma ini dapat meningkatkan kesuburan wanita dan penggalak hamil / mudah dapat zuriat.

Selain itu kurma juga mengandungi khasiat yang akan membantu proses bersalin bagi para wanita mengandung.

Kerana kurma mendorong pembukaan serviks yang memudahkan proses bersalin dan mengurangkan kemungkinan induksi kehamilan (induce labour) berbanding tidak mengambil kurma.

Pueraria Mirifica / Lobata

Mungkin anda tidak pernah tahu apa itu Pueraria Mirifica / Lobata kerana jarang dijumpai di pasar basah Malaysia.

Kerana tumbuhan ini tumbuh di Thailand dan bahagian lain di Asia Tenggara.

Anda digalakkan untuk mengamalkan tumbuhan ini kerana ia mampu untuk

  • Mengekalkan awet muda (menganjalkan kulit)
  • Melambatkan menopause
  • Membesarkan dan menegangkan payudara
  • Memadatkan potongan badan
  • Merawat sistem menopause dan mencegah pembentukan kanser
  • Membesar dan menegangkan payudara
  • Membesar dan menegangkan punggung

Tapi awas…

Pueraria Mirifica harus diamalkan secara terkawal kerana penggunaan berlebihan boleh memberi tekanan pada hati dan berpotensi menyebabkan kerosakan hati.

Tapi…

Kenapa tumbuhan ini mempunyai pelbagai khasiat?

Ini kerana tumbuhan ini sebenarnya dapat menstabilkan Hormon Estrogen Wanita

Apa itu Hormon Estrogen?

Estrogen merupakan hormon yang dihasilkan daripada ovari wanita, Glan Adrenal & lemak tubuh.

Hormon Estrogen membantu memelihara sistem reproduktif wanita seperti:

  • Mengawal kitaran haid
  • Memelihara kesuburan wanita
  • Memelihara rahim, sistem peranakan dan payudara wanita.

Apabila Hormon sudah stabil, maka kita dapat mengelak daripada pelbagai penyakit dalaman wanita.

Kacip Fatimah

Tumbuhan ini sangat famous di Malaysia. Bila sebut sahaja Kacip Fatimah, semua orang akan tahu.

Ada satu bahan yang terdapat pada Kacip Fatimah iaitu Fitoestrogen (Phytoestrogen).

Fitoestrogen (Phytoestrogen) ini dapat menyembuhkan saluran pembiakan, dinding faraj dan tisu faraj.

Selepas bersalin, dinding faraj akan jadi lebih luas dan sudah tentu amat sakit.

Jadi, khasiat Kacip Fatimah boleh membantu menyempitkan dinding faraj, menyembuhkan otot perut dan menguatkan saluran faraj.

Selain itu…

Tumbuhan ini juga boleh menyebabkan fungsi seksual bertambah baik kerana ia dapat meningkatkan Testosteron yang menaikkan nafsu wanita dan juga seks wanita secara semula jadi.

Kulit Kayu Manis

Bila nak masak kari ayam atau ikan, kayu manis merupakan benda wajib ada dalam masakan.

Untuk pengetahuan anda, kayu manis ini bagus untuk badan wanita kerana ia dapat

  • Memulihkan masalah kesuburan
  • Memulihkan jeragat dan parut
  • Membantu menambah baikkan kesihatan kulit

Kayu Manis ini mempunyai sifat antibiotik dan antimikroba atau anti bakteria, ia mampu melindungi kulit daripada iritasi, ruam, reaksi alahan serta infeksi.

Jika nak kulit cantik, Bonda memang sarankan amal Kulit Kayu Manis ini.

Kunyit

Kunyit adalah antara bahan penting dalam masakan di Malaysia.

Nutrien paling bermanfaat dalam kunyit ialah curcumin yang dapat merawat penyakit kanser dan nyanyuk.

Curcumin, bahan aktif dalam kunyit memiliki kandungan antioksidan dan dikatakan amat kuat seperti vitamin C dan E.

Apa itu Antioksidan?

Antioksidan adalah vitamin, mineral, atau sejenis nutrien yang berperanan menjaga dan memperbaiki sel-sel badan yang rosak oleh radikal bebas.

Radikal bebas?

Radikal bebas ini boleh terjadi disebabkan oleh pencemaran, asap rokok, sebatian kimia, dan diet yang buruk.

Selain curcumin, kunyit mengandungi paras tinggi zat besi dan tahap sederhana vitamin B6 serta kalium. Semua vitamin dan mineral berkenaan adalah sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.

Antara penyakit kanser yang boleh dirawat menggunakan kunyit ialah Barah Prostat dan Payu Dara.

Kunyit juga boleh digunakan untuk menghalang proses penuaan dan membantu mengurangkan berat badan.

Oleh itu, anda digalakkan untuk minum bancuhan kunyit ini sebagai jamu terutamanya oleh ibu selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Manjakani

Sejak zaman dahulu lagi, manjakani telah digunakan untuk penyembuhan luka dan dijadikan jamu untuk kesihatan wanita terutamanya setelah bersalin.

Jadi..

Apa yang membuatkan manjakani ini bagus?

Manjakani ini mengandungi komponen Tanin iaitu sejenis antioksidan yang tergolong dalam kelompok Polifenol yang berperanan sebagai antioksidan dengan pelbagai fungsi.

Antara komponen Tanin yang biasa dijumpai di dalam manjakani adalah Gallic Acid, Ellagic Acid, Methyl Gallate, Asid Fenolik, Flavonoid, Triterpenoids, Steroid, Saponin, Glikosida dan Anthraquinone.

Bagi wanita…

Kelebihan buah manjakani adalah dapat mengatasi masalah keputihan yang berlebihan dan dapat mengetatkan otot faraj.

Bukan itu sahaja, buah ini dikatakan dapat mengembalikan keanjalan rahim selepas bersalin.

Kesimpulannya…

Anda boleh amalkan semua tumbuhan yang Bonda sarankan di atas.

Tapi..

Jika terlebih ambil akan memudaratkan kesihatan kita pula.

Berita baiknya…

Bonda ada jumpa cara paling selamat nak amalkan kesemua tumbuhan ini…

Kerana cara ini telah disukat dos mengikut kesesuaian tubuh badan kita.

Cara nak amalkan pun senang dengan cara kemam macam gula-gula sahaja.

Kalau nak tahu lebih lanjut. Boleh klik button bawah ini 👇🏼